Saturday 18 February 2017

Patani : Ratu Kuning

RATU KUNING
Patani mencapai zaman keemasannya ketika diperintah oleh empat orang ratu iaitu Ratu Hijau (1584-1616) , Ratu Biru (1616-1624) , Ratu Ungu (1624-1635) dan Ratu Kuning (1635-1651).
Era pemerintahan Ratu Kuning (1635-1651) bermula selepas tamatnya pemerintahan Ratu Ungu (1624-1635). Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Jembal iaitu putera kepada Raja Sakti II. Hasil daripada perkahwinan itu,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri Saadong. Namun,Puteri Saadong telah dibesarkan oleh Cik Siti Wan Kembang.
Kehidupan Ratu Kuning berubah apabila Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah di Kelantan kepada Cik Siti Wan Kembang iaitu Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang. Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah tersebut sebagai tanda berterima kasih kerana Cik Siti Wan Kembang telah berjaya menewaskan Raja Siam di Legor.
Berikutan daripada peristiwa tewasnya Raja Siam itu, telah menyebabkan Raja Siam berdendam. Bagi melunaskan dendam itu,Raja Siam bertindak menyerang Kelantan lalu menculik Ratu Kuning. Ketika itu,Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Abdullah.
Telah dikisahkan,selepas penculikan Ratu Kuning, Raja Siam telah menghidapi penyakit barah dada. Tabib yang merawat Raja Siam itu memberitahu bahawa jika Raja Siam tidak menghantar Ratu Kuning  ke tempat asal, penyakitnya tidak akan sembuh.
Disebabkan itu, Ratu Kuning dihantar pulang. Tetapi, Raja Abdullah tidak menerima Ratu Kuning semula.Akhirnya, Ratu Kuning bertindak membunuh Raja Abdullah menggunakan sanggul.Selepas peristiwa itu, Ratu Kuning telah berhijrah ke Pulau Melaka dan menetap di situ.
Setelah wafat,Ratu Kuning disemadikan di tanah perkuburan di Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
_____________________________
LIKE DAN SHARE
BANTU KAMI MEMBERI KESEDARAN SEJARAH BUAT ANAK BANGSA YANG TERCINTA DEMI BUMI PERTIWI YANG DICINTAI
FB PAGE:Patani Untold Scars                              
BLOG:pataniuntoldscars.blogspot.com

Thursday 16 February 2017

Patani Si Rat Malai

Si Rat Malai

Ketika zaman pendudukan Jepun, ada satu sejarah politik di sebelah negeri-negeri utara dan pantai timur yang unik dan memiliki banyak pelajaran dan iktibar yang berguna.

Setelah Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu, pentadbiran tenteranya pada suatu tahap, telah menyerahkan 4 buah negeri yakni Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam. Walau bagaimanapun, Jepun tetap meletakkan para pegawainya di keempat-empat buah negeri itu dan tugas-tugas pentadbiran dibahagi-bahagikan antara Jepun dan Siam. Contohnya bahagian perhubungan masih dikawal pihak Jepun manakala Siam mengawal pentadbiran yang melibatkan penduduk di keempat-empat negeri tersebut termasuk institusi berajanya. Kenapa Jepun menyerahkan keempat-empat negeri itu kepada Siam?

Ini kerana Siam telah menandatangani satu perjanjian persekutuan dengan Jepun. Antara kandungannya ialah permintaan Siam ke atas hak menduduki keempat-empat negeri itu sebagai balasan membantu pihak Jepun. Seperti biasa, Siam membuat cerita yang menyatakan British telah merampas negeri-negeri itu dari tangannya. Jelas, hanya negeri-negeri yang memiliki sejarah menghantar ufti sahaja memiliki prioriti dituntut Siam. Perak walaupun bersempadan dengan Siam berjaya menyingkirkan tuntutan Siam itu dengan peperangan dan tipu muslihat politik.

Jika anda lihat peta, Perak terselamat dari menjadi sebahagian pentadbiran 'Si Rat Malai', meskipun ia adalah negeri utara yang punya sempadan dengan Siam. Jika Perak berjaya diduduki Siam maka mungkin ia menjadi menjadi 'Ha Rat Malai' (Lima Negeri Melayu).

Mengapa Siam tidak meminta sekali negeri Perak yang merupakan satu-satunya musuh ketatnya yakni negeri yang bersempadan dengan wilayahnya yang tidak pernah berjaya dijajahnya?

Walaupun Jepun ketika itu adalah sekutu Siam, namun kedudukan Jepun terhadap Siam adalah sama seperti Inggeris ketika bersekutu dengan Siam apabila menyerang Patani dan Kedah. Jepun lebih superior dari Siam dari segi kuasa tentera.

Menggunakan diplomasi ketika perjumpaan para pegawai Jepun di Kuala Kangsar, bantuan dari anak Perak yang anti-British seperti Mustapha Hussain, juga peranan seorang perisik Jepun yang bersahabat dengan Sultan Iskandar Shah, Perak berjaya mengelakkan negerinya terjajah kepada Siam sekali lagi, perkara yang sama dilakukan kepada Inggeris pada awal abad ke-19.

Credit Artikel Kepada:
~Srikandi
Seven Years' War: Perang Perak-Siam 1821-1828

updateMF: http://goo.gl/eInJzI

Patani : Zaman Kegemilangan dan Kejatuhan

Patani mencapai zaman keemasannya ketika diperintah oleh empat orang Ratu yaitu Ratu Hijau (1584-1616), Ratu Biru (1616-1624), Ratu Ungu (1624-1635) dan Ratu Kuning (1635-1651).

Patani pada zaman Ratu-ratu sangat makmur dan kaya. Kekuasaannya meluas hingga ke Kelantan dan Trengganu sehingga terkenal dengan sebutan Negeri Patani Besar. Kecuali Johor, tidak ada negeri lain di belahan timur Semenanjung Melayu yang memiliki kemakmuran dan kekuatan sehebat Patani kala itu.

Kekuatan negeri Patani tergambar dari kemampuannya mematahkan empat kali serangan kerajaan Siam pada 1603, 1632, 1634 dan 1638. Patani memiliki 3 buah meriam besar yang sangat masyhur yaitu Seri Negara, Seri PatanidanMahalela. Mampu mengerahkan 180.000 pasukan siap tempur dan diperkuat oleh sebuah benteng yang tak kalah terkenalnya yakni Benteng Raja Biru.

Sayang, masa kejayaan ini hanya bertahan 67 tahun. Ketika Ratu Kuning meninggal pada 1651, Patani mengalami proses kemerosotan secara politik, militer dan ekonomi. Patani hanya mencatat kemajuan ketika dipimpin oleh Raja Sakti I dan Raja Bahar yang mampu menyatukan Senggora (Songkla) dan Pethalung.

Pada akhir abad ke-17 ini, Patani mulai kehilangan era keemasannya. Tidak adanya peperangan dengan Siam, yang merupakan musuh tradisi bersama, sampai menjelang kejatuhannya (hampir satu abad) menyebabkan negeri Patani Besar yang tadinya bersatu (meliputi Kelantan, Trengganu, Patani Awal, Senggora dan Pethalung), perlahan-lahan mulai memisahkan diri. Perang yang terakhir yang melibatkan Patani – Siam terjadi pada 1638. Sejak tahun itu tidak ada lagi peperangan di antara kedua negara.

Kekuatan politik dan daya tarik pelabuhannya sebagai pusat dagang utama juga semakin redup, seiring dengan makin banyaknya pusat-pusat dagang yang baru seperti Johor, Malaka, Aceh, Banten dan Batavia (Jakarta).

Sebagai negara perairan, ekonomi Patani sangat tergantung pada perniagaan. Kemerosotannya pada bidang ini telah menyebabkan barometer ekonomi Patani anjlok. Maka boleh dikata, sejak awal abad ke-18, pelabuhan Patani hanya sebagai tempat persinggahan saja bukan pusat dagang dan bisnis lagi. Ditambah lagi faktor ketidakstabilan politik, perpecahan wilayah dan krisis pucuk pimpinan, maka lengkaplah Patani menjadi “Orang Sakit di Semenanjung Melayu”.
Malang bagi Patani, karena hampir bersamaan dengan kemerosotan ini, Siam, di bawah pimpinan Panglima Taksin bangkit kembali dan berhasil mengusir Burma dari seluruh negeri. Sehingga ketika Patani lengah dan lemah, Siam berhasil menaklukkannya pada 1785. Maka mulai tahun inilah, Patani berada dalam cengkeraman Siam. Bahkan pada 1909, lewat Perjanjian Bangkok antara Inggris-Siam, Patani akhirnya terserap menjadi wilayah “resmi” Siam yang kemudian merubah namanya menjadi Thailand sampai sekarang ini. 

Monday 13 February 2017

Peristiwa 13 Februari

DISEBALIK SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PATANI 13 FEBRUARY SETIAP TAHUN
_______________________________

Syahidnya 16 Orang Pejuang

Pada 13 Februari 2013

Satu operasi secara besar-besaran telah dilakukan di sebuahkem tentera Thailand yang terletak di Beluka Samok Daerah Bachok Wilayah Narathiwat. Operasi ini berakhir dengan syahidnya 16 orang anggota militant bersenjata. Gagalnya operasi ini kerana berlakunya kebocoran maklumat tentang operasi ini kepada tentera Thailand

Disebalik kesedihan yang melanda ini, apa yang memberangsankan ialah, peristiwa ini meninggalkan kesan yang mendalan di sanubari penduduk tempatan dan telah membongkarkan banyak perkara yang sebelum ini tidak dinyatakan oleh mana-mana pihak.

Walaupun media massa menyatakan / Melabelkan bahawa para pejuang ini sebagai pengganas, teroris ataupun penjahat, penduduk tempatan tidak menganggap sedemikian. Selain itu, penduduk tempatan para poejuang juga menolak tawaran untuk mengebumikan semua jasad di dalam satu liang lahad besar di perkarangan sebuah masjid yang terkenal di wilayah Narathiwat iaitu Masjid Wadi Hussain, Teluk manok kerana para penduduk ingin mengebumikan para shuhada di kampong masing-masing.

Antara pejuang yang syahid dalam peristiwa ini ialah Mahrosu Jantarawadee atau nama Islamnya ialah Mad Rasul bin Ibrahim. Anak kelahiran Kampung Duku, Daerah Bachok ini merupakan salah seorang pejuang yang terkenal, atau ‘pengganas’ yang dikehendaki oleh kerajaan. Menurut penyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak tentera, beliau terlibat dalam 35 kes keganasan, dengan membunuh 25 orang (tetapi buktinya lemah). Sebanyak 18 waran tangkap telah dikeluarkan. Tidak hairanlah seorang pegawai polis di Daerah Bachok yang ditemui oleh penulis menyifatkannya sebagai ‘ketua pengganas’. Menurut beliau, kawasannya (Daerah Bachok) akan berada dalam damai kerana tiada lagi ketua pengganas yang terkenal ini.

Beberapa hari setelah peristiwa ini, isteri kepada Mahrosu telah diwawancara oleh media alternatif tempatan. Di dalam wawancara tersebut, isteri Mahrosu telah mengambarkan ciri peribadi Mahrosu tidaklah seperti seorang pengganas yang gila kuasa, tetapi seorang suami dan bapa yang penuh dengan kasih saying terhadap keluarganya.  Kasih sayang itu diterjemahkan dalam bentuk usahanya untuk menyara keluarga, walaupun dirinya sentiasa perlu melarikan diri daripada pemburuan askar Thai. Apabila ditemui penulis, isteri kepada pejuang yang terkenal ini menerangkan bahawa Mahrosu bekerja di beberapa kebun getah milik saudara-mara.

Artikel Oleh:

Patani Untold Scars ( PUS )
~History Is Our Life

Tengku Mahmud Muhyideen Profile

FB PAGE:Patani Untold Scars
IG:pataniuntoldscars

Saturday 11 February 2017

Tengku Mahmud Muhyideen Bibliografi

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEEN (1908-1954)
TARIKH LAHIR : 30 OKTOBER 1908
TARIKH PEMERGIAN : 12 FEBRUARI 1954
NAMA BAPA : TENGKU ABDUL KADIR KAMARUDDIN
NAMA IBU : CIK MAIMUNAH
NAMA ISTERI : TENGKU ZAINAB II BINTI AL-MARHUM SULTAN       MUHAMMAD IV (1930)
NAMA ANAK : TENGKU HASSAN,TENGKU HUSSIN, TENGKU JAUHARATUL MAKNU

PENDIDIKAN :
-SEKOLAH MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
-ROYAL ASSUMPTION COLLEGE (BANGKOK)
-PENANG FREE SCHOOL
-LULUS SENIOR CAMBRIDGE
-MENDAPAT BIASISWA DARIPADA KING EDWARD VII MEDICAL COLLEGE (SINGAPURA)

JASA :
-MEMBENTUK PASUKAN GERIYLA (FORCE 136)
-MENUBUHKAN GEMPAR
-MENJADI NAZIR DI SEKOLAH MELAYU
-MENUBUHKAN SEKOLAH PEREMPUAN IAITU ZAINAB ENGLISH SCHOOL
-MENAIKTARAF SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH MELAYU

PANGGILAN : HARIMAU MALAYA

_____________________________
LIKE DAN SHERE

BANTU KAMI MEMBERI KESEDARAN SEJARAH BUAT ANAK BANGSA YANG TERCINTA DEMI BUMI PERTIWI YANG DICINTAI

FB PAGE:Patani Untold Scars                              
BLOG:pataniuntoldscars.blogspot.com

Tengku Mahmud Muhyideen

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEEN
Tengku Mahmood Mahyiddeen merupakan tokoh melayu Patani dan digelar sebagai “HARIMAU MALAYA”. Beliau merupakan anak kepada Raja Melayu Patani terakhir iaitu Raja Abdul Kadir Kamaruddin dengan Cik Maimunah , isteri ketiganya yang berasal dari Kelantan.Beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1908.Ibundanya telah meninggal dunia sewaktu beliau baru berusia 4 tahun lalu dijaga oleh ayahandanya bersama permaisuri pertama yang bernama Tengku Maimunah. Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di negeri Kelantan.Kemudian , beliau mendapat pendidikan yang lebih tinggi di Bangkok dan menjadi pelajar di Royal Assumption College tetapi dalam tempoh 3 tahun sahaja kerana pemerintahan Thailand dan Patani pada masa itu mengalami pergolakan .Tengku Mahmood Mahyiddeen dipindahkan ke Pulau Pinang dan belajar di Penang Free School selama 2 tahun. Beliau merupakan anak bangsawan pertama yang mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School. Berkat usahanya dalam bidang pendidikan, beliau telah lulus senior Cambridge sehingga ditawarkan biasiswa di sebuah institusi pendidikan di Singapura iaitu King Edward VII Medical College.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah dilantik menjadi pemangku nazir di sekolah-sekolah melayu di negeri Kelantan.Sejak itu,ketokohan beliau dalam bidang pendidikan bermula dan beliau bercita-cita untuk membaiki taraf pendidikan pelajar sekolah melayu di Kelantan. Tambahan pula,beliau ingin membawa perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dan membuat pembaharuan kepada sekolah-sekolah melayu luar bandar.Selain itu,beliau telah mengubah persepsi masyarakat melayu Kelantan yang tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk bersekolah pada masa itu.Lantaran itu,beliau telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kelantan yang dinamakan Zainab English School iaitu SMK Zainab 1 (kini).Jawatan nazie sekolah melayu telah dilantik sepenuhnya terhadap Tengku Mahmood Mahyiddeen seterusnya memegang jawatan sebagai Penguasa Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1938. Bukan itu sahaja,beliau telah membawa kemajuan dalam meninggikan mutu pelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah dan memperkenalkan penyusunan semula sukatan pelajaran dan pentadbiran sekolah.

Jasa Tengku Mahmood Mahyiddeen terhadap tanah air ialah menubuhkan GEMPAR iaitu Gerakan Melayu Patani Raya sehingga tahun 1948 yang bertujuan untuk memerdekakan Patani begitu juga Kelantan dan ingin menyatukan semula negeri-negeri Melayu seperti zaman pemerintahan Ratu Kuning.


Apabila perang dunia kedua berlaku,pihak Inggeris telah berjaya menewaskan pihak lawan. Pada ketika itu,pihak Inggeris telah mengalami kekurangan beras. Oleh hal yang demikian ,mereka telah meminta bantuan daripada pihak Siam. Akan tetapi , pihak Siam telah menetapkan syarat kepada pihak Inggeris sekiranya menginginkan beras. Syaratnya adalah pihak Inggeris hendaklah memutuskan perjanjian dengan Tengku Mahmood Muhyideen.Jadi,pihak Inggeris bersetuju dengan syarat yang ditetapkan itu.Disebabkan perbuatan tersebut,Patani masih belum merdeka sehingga sekarang..
Pihak Inggeris telah menubuhkan UMNO di Tanah Melayu kerana ingin mengukuhkan semua parti.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah meninggal dunia pada 12 Februari 1954 sesudah solat jumaat di Pantai Semut api. Bagi mengenangkan jasa beliau, sebuah sekolah di Kelantan telah ditubuhkan yang dinamakan SMK Mahmood Mahyiddeen, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.