Thursday 16 February 2017

Patani Si Rat Malai

Si Rat Malai

Ketika zaman pendudukan Jepun, ada satu sejarah politik di sebelah negeri-negeri utara dan pantai timur yang unik dan memiliki banyak pelajaran dan iktibar yang berguna.

Setelah Jepun berjaya menduduki Tanah Melayu, pentadbiran tenteranya pada suatu tahap, telah menyerahkan 4 buah negeri yakni Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam. Walau bagaimanapun, Jepun tetap meletakkan para pegawainya di keempat-empat buah negeri itu dan tugas-tugas pentadbiran dibahagi-bahagikan antara Jepun dan Siam. Contohnya bahagian perhubungan masih dikawal pihak Jepun manakala Siam mengawal pentadbiran yang melibatkan penduduk di keempat-empat negeri tersebut termasuk institusi berajanya. Kenapa Jepun menyerahkan keempat-empat negeri itu kepada Siam?

Ini kerana Siam telah menandatangani satu perjanjian persekutuan dengan Jepun. Antara kandungannya ialah permintaan Siam ke atas hak menduduki keempat-empat negeri itu sebagai balasan membantu pihak Jepun. Seperti biasa, Siam membuat cerita yang menyatakan British telah merampas negeri-negeri itu dari tangannya. Jelas, hanya negeri-negeri yang memiliki sejarah menghantar ufti sahaja memiliki prioriti dituntut Siam. Perak walaupun bersempadan dengan Siam berjaya menyingkirkan tuntutan Siam itu dengan peperangan dan tipu muslihat politik.

Jika anda lihat peta, Perak terselamat dari menjadi sebahagian pentadbiran 'Si Rat Malai', meskipun ia adalah negeri utara yang punya sempadan dengan Siam. Jika Perak berjaya diduduki Siam maka mungkin ia menjadi menjadi 'Ha Rat Malai' (Lima Negeri Melayu).

Mengapa Siam tidak meminta sekali negeri Perak yang merupakan satu-satunya musuh ketatnya yakni negeri yang bersempadan dengan wilayahnya yang tidak pernah berjaya dijajahnya?

Walaupun Jepun ketika itu adalah sekutu Siam, namun kedudukan Jepun terhadap Siam adalah sama seperti Inggeris ketika bersekutu dengan Siam apabila menyerang Patani dan Kedah. Jepun lebih superior dari Siam dari segi kuasa tentera.

Menggunakan diplomasi ketika perjumpaan para pegawai Jepun di Kuala Kangsar, bantuan dari anak Perak yang anti-British seperti Mustapha Hussain, juga peranan seorang perisik Jepun yang bersahabat dengan Sultan Iskandar Shah, Perak berjaya mengelakkan negerinya terjajah kepada Siam sekali lagi, perkara yang sama dilakukan kepada Inggeris pada awal abad ke-19.

Credit Artikel Kepada:
~Srikandi
Seven Years' War: Perang Perak-Siam 1821-1828

updateMF: http://goo.gl/eInJzI

No comments:

Post a Comment