DISEBALIK SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PATANI 13 FEBRUARY SETIAP TAHUN
_______________________________
Syahidnya 16 Orang Pejuang
Pada 13 Februari 2013
Satu operasi secara besar-besaran telah dilakukan di sebuahkem tentera Thailand yang terletak di Beluka Samok Daerah Bachok Wilayah Narathiwat. Operasi ini berakhir dengan syahidnya 16 orang anggota militant bersenjata. Gagalnya operasi ini kerana berlakunya kebocoran maklumat tentang operasi ini kepada tentera Thailand
Disebalik kesedihan yang melanda ini, apa yang memberangsankan ialah, peristiwa ini meninggalkan kesan yang mendalan di sanubari penduduk tempatan dan telah membongkarkan banyak perkara yang sebelum ini tidak dinyatakan oleh mana-mana pihak.
Walaupun media massa menyatakan / Melabelkan bahawa para pejuang ini sebagai pengganas, teroris ataupun penjahat, penduduk tempatan tidak menganggap sedemikian. Selain itu, penduduk tempatan para poejuang juga menolak tawaran untuk mengebumikan semua jasad di dalam satu liang lahad besar di perkarangan sebuah masjid yang terkenal di wilayah Narathiwat iaitu Masjid Wadi Hussain, Teluk manok kerana para penduduk ingin mengebumikan para shuhada di kampong masing-masing.
Antara pejuang yang syahid dalam peristiwa ini ialah Mahrosu Jantarawadee atau nama Islamnya ialah Mad Rasul bin Ibrahim. Anak kelahiran Kampung Duku, Daerah Bachok ini merupakan salah seorang pejuang yang terkenal, atau ‘pengganas’ yang dikehendaki oleh kerajaan. Menurut penyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak tentera, beliau terlibat dalam 35 kes keganasan, dengan membunuh 25 orang (tetapi buktinya lemah). Sebanyak 18 waran tangkap telah dikeluarkan. Tidak hairanlah seorang pegawai polis di Daerah Bachok yang ditemui oleh penulis menyifatkannya sebagai ‘ketua pengganas’. Menurut beliau, kawasannya (Daerah Bachok) akan berada dalam damai kerana tiada lagi ketua pengganas yang terkenal ini.
Beberapa hari setelah peristiwa ini, isteri kepada Mahrosu telah diwawancara oleh media alternatif tempatan. Di dalam wawancara tersebut, isteri Mahrosu telah mengambarkan ciri peribadi Mahrosu tidaklah seperti seorang pengganas yang gila kuasa, tetapi seorang suami dan bapa yang penuh dengan kasih saying terhadap keluarganya. Kasih sayang itu diterjemahkan dalam bentuk usahanya untuk menyara keluarga, walaupun dirinya sentiasa perlu melarikan diri daripada pemburuan askar Thai. Apabila ditemui penulis, isteri kepada pejuang yang terkenal ini menerangkan bahawa Mahrosu bekerja di beberapa kebun getah milik saudara-mara.
Artikel Oleh:
Patani Untold Scars ( PUS )
~History Is Our Life
No comments:
Post a Comment