Saturday, 18 February 2017

Patani : Ratu Kuning

RATU KUNING
Patani mencapai zaman keemasannya ketika diperintah oleh empat orang ratu iaitu Ratu Hijau (1584-1616) , Ratu Biru (1616-1624) , Ratu Ungu (1624-1635) dan Ratu Kuning (1635-1651).
Era pemerintahan Ratu Kuning (1635-1651) bermula selepas tamatnya pemerintahan Ratu Ungu (1624-1635). Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Jembal iaitu putera kepada Raja Sakti II. Hasil daripada perkahwinan itu,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri Saadong. Namun,Puteri Saadong telah dibesarkan oleh Cik Siti Wan Kembang.
Kehidupan Ratu Kuning berubah apabila Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah di Kelantan kepada Cik Siti Wan Kembang iaitu Tanah Merah,Kuala Krai dan Gua Musang. Raja Sakti II menghadiahkan tiga daerah tersebut sebagai tanda berterima kasih kerana Cik Siti Wan Kembang telah berjaya menewaskan Raja Siam di Legor.
Berikutan daripada peristiwa tewasnya Raja Siam itu, telah menyebabkan Raja Siam berdendam. Bagi melunaskan dendam itu,Raja Siam bertindak menyerang Kelantan lalu menculik Ratu Kuning. Ketika itu,Ratu Kuning telah berkahwin dengan Raja Abdullah.
Telah dikisahkan,selepas penculikan Ratu Kuning, Raja Siam telah menghidapi penyakit barah dada. Tabib yang merawat Raja Siam itu memberitahu bahawa jika Raja Siam tidak menghantar Ratu Kuning  ke tempat asal, penyakitnya tidak akan sembuh.
Disebabkan itu, Ratu Kuning dihantar pulang. Tetapi, Raja Abdullah tidak menerima Ratu Kuning semula.Akhirnya, Ratu Kuning bertindak membunuh Raja Abdullah menggunakan sanggul.Selepas peristiwa itu, Ratu Kuning telah berhijrah ke Pulau Melaka dan menetap di situ.
Setelah wafat,Ratu Kuning disemadikan di tanah perkuburan di Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
_____________________________
LIKE DAN SHARE
BANTU KAMI MEMBERI KESEDARAN SEJARAH BUAT ANAK BANGSA YANG TERCINTA DEMI BUMI PERTIWI YANG DICINTAI
FB PAGE:Patani Untold Scars                              
BLOG:pataniuntoldscars.blogspot.com

No comments:

Post a Comment