Saturday, 11 February 2017

Tengku Mahmud Muhyideen

TENGKU MAHMOOD MAHYIDDEEN
Tengku Mahmood Mahyiddeen merupakan tokoh melayu Patani dan digelar sebagai “HARIMAU MALAYA”. Beliau merupakan anak kepada Raja Melayu Patani terakhir iaitu Raja Abdul Kadir Kamaruddin dengan Cik Maimunah , isteri ketiganya yang berasal dari Kelantan.Beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1908.Ibundanya telah meninggal dunia sewaktu beliau baru berusia 4 tahun lalu dijaga oleh ayahandanya bersama permaisuri pertama yang bernama Tengku Maimunah. Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di negeri Kelantan.Kemudian , beliau mendapat pendidikan yang lebih tinggi di Bangkok dan menjadi pelajar di Royal Assumption College tetapi dalam tempoh 3 tahun sahaja kerana pemerintahan Thailand dan Patani pada masa itu mengalami pergolakan .Tengku Mahmood Mahyiddeen dipindahkan ke Pulau Pinang dan belajar di Penang Free School selama 2 tahun. Beliau merupakan anak bangsawan pertama yang mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School. Berkat usahanya dalam bidang pendidikan, beliau telah lulus senior Cambridge sehingga ditawarkan biasiswa di sebuah institusi pendidikan di Singapura iaitu King Edward VII Medical College.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah dilantik menjadi pemangku nazir di sekolah-sekolah melayu di negeri Kelantan.Sejak itu,ketokohan beliau dalam bidang pendidikan bermula dan beliau bercita-cita untuk membaiki taraf pendidikan pelajar sekolah melayu di Kelantan. Tambahan pula,beliau ingin membawa perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dan membuat pembaharuan kepada sekolah-sekolah melayu luar bandar.Selain itu,beliau telah mengubah persepsi masyarakat melayu Kelantan yang tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk bersekolah pada masa itu.Lantaran itu,beliau telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kelantan yang dinamakan Zainab English School iaitu SMK Zainab 1 (kini).Jawatan nazie sekolah melayu telah dilantik sepenuhnya terhadap Tengku Mahmood Mahyiddeen seterusnya memegang jawatan sebagai Penguasa Pendidikan Negeri Kelantan pada tahun 1938. Bukan itu sahaja,beliau telah membawa kemajuan dalam meninggikan mutu pelajaran dalam kalangan guru-guru sekolah dan memperkenalkan penyusunan semula sukatan pelajaran dan pentadbiran sekolah.

Jasa Tengku Mahmood Mahyiddeen terhadap tanah air ialah menubuhkan GEMPAR iaitu Gerakan Melayu Patani Raya sehingga tahun 1948 yang bertujuan untuk memerdekakan Patani begitu juga Kelantan dan ingin menyatukan semula negeri-negeri Melayu seperti zaman pemerintahan Ratu Kuning.


Apabila perang dunia kedua berlaku,pihak Inggeris telah berjaya menewaskan pihak lawan. Pada ketika itu,pihak Inggeris telah mengalami kekurangan beras. Oleh hal yang demikian ,mereka telah meminta bantuan daripada pihak Siam. Akan tetapi , pihak Siam telah menetapkan syarat kepada pihak Inggeris sekiranya menginginkan beras. Syaratnya adalah pihak Inggeris hendaklah memutuskan perjanjian dengan Tengku Mahmood Muhyideen.Jadi,pihak Inggeris bersetuju dengan syarat yang ditetapkan itu.Disebabkan perbuatan tersebut,Patani masih belum merdeka sehingga sekarang..
Pihak Inggeris telah menubuhkan UMNO di Tanah Melayu kerana ingin mengukuhkan semua parti.

Tengku Mahmood Mahyiddeen telah meninggal dunia pada 12 Februari 1954 sesudah solat jumaat di Pantai Semut api. Bagi mengenangkan jasa beliau, sebuah sekolah di Kelantan telah ditubuhkan yang dinamakan SMK Mahmood Mahyiddeen, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment